Bingung

Entahlah .. tak tahu bagaimana lagi harus aku lakukan .. ke kiri salah .. ke kanan pun salah. Semuanya serba tidak kena.

Kadang-kadang bukannya aku tak sedar, betapa bodohnya aku kadang kala. Bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini tapi aku tetap jugak mengulangi kesilapan yang sama.

Mungkin sudah sikap aku yang sebegini. Terlalu lemah sehingga orang lain mengambil kesempatan agaknya.

Untuk kali ini, sekali lagi aku akn mencuba. Entah berjaya atau pun gagal, aku terpaksa juga mencubanya. Kemungkinan untuk gagal itu memang pasti. Mungkin orang akan kata aku jenis cepat berputus asa. Mungkin benar tetapi aku tahu kerana sebelum ini pun tidak pernah sekali pun aku pernah berjaya. Tidak pernah lagi aku menrasai penamat yang membahagiakan. Semuanya hanya sekadar sementara.

Dan kali ini, aku kena cuba sekali lagi.

Persoalannya, apa yang patut aku lakukan dahulu. Langsung tidak terlintas sebarang akal dalam kepada ini. Seperti kena mental block pulak. Semuanya tidak kena.

Nampak gayanya mungkin aku kena pasang semula “dinding pelindung” seperti yang sebelumnya. Iaitu, melatihkan otak ku utntuk tidak mengingatinya. Lupakan. Buang terus segala ingatan. Sekiranya terlintas, cepat-cepat aku alihkan tumpuan ku kepada benda-benda yang tak berkaitan. Sibukkan diri. Penatkan diri. Tidur dan sebagainya.

Kesannya, aku lebih banyak duduk diam tidak mampu untuk berfikir lagi. Aku menjadi cepat pelupa. Sampai pernah aku lupa pada makan kerana lupa makan itu untuk apa. Walaupun ada sahabat ku datang untuk keluar makan tapi aku tetap tidak makan. Aku hanya menjawab baru lepas makan padahal aku amat lapar pada masa tu. Tapi aku tak tau nak makan apa kerana nafsu aku hilang sebab pada ketika yang sama aku sedang bertungkus lumus mengosongkan otak ku dari berfikir. Memang bodoh.

Marah

Ada yang bertanya kepada ku kenapa aku marah-marah sejak akhir ini. Aku hanya tersenyum tanpa memberikan apa-apa jawapan. Tetapi sememangnya aku amat marah dan berasa amat kecewa.

Apakah aku tidak berhak untuk melepaskan rasa marah ku itu? Setelah segala janji dan sumpah yang pernah dilafazkan, telah dilupai begitu sahaja.

Apabila aku menawarkan diri untuk mengundurkan diri, tidak pula dibernarkan. Tetapi sebaliknya boleh pulak. Memang sungguh tidak adil. Adakah aku tidak berhak untuk marah kerana ini?

Jadi adalah tidak salah untuk aku berkata apa-apa atau melemparkan apa-apa tuduhan kerana semuanya adalah benar belaka.

Setia

Setia maknanya patuh
patuh kata
pada janji
pada hasrat
pada taqdir diri

Setia maknanya tawakal
berharap dengan takut
berdoa dengan keikhlasan
menerima dengan redha
menanti dengan sabar

Setia mengikat diri
setia mengikat hati
setia mengikat jiwa
pada yang disayang
pada yang dicintai
pada yang SATU

Selamanya …

Patutlah …

Sekarang barulah aku faham bahawa engkau kini telah menjilat kembali orang yang pernah engkau ludah. Patutlah …

Hidup ku tanpa muzik

Baru sebentar tadi sambil aku mengemaskini hardisk ku dan mendapati tarikh terakhir aku mendengar lagu mp3 adalah 27hb Jun, 2006.

Rindu …

Kerinduan terus juga datang. Walau pun sekuat hati cuba ku buang segala ingatan, namun kerinduan ini tetap juga menjelma dan mengganggu ku.

Tidak tahu apa lagi patut aku lakukan. Kadang-kadang aku hampir tertewas dengan kerinduan ini tetapi aku cepat-cepat menyedarkan diri ku agar tidak tunduk kepadanya.

Aku sungguh kecewa. Sungguh sedih.  Sungguh menderita.

Tiada apa lagi didunia ini. Aku hanya mahu mati.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.