Kecoh betul apabila membaca di suratkhabar tentang krisis yang sedang di alami oleh artis Norman dan Abby. Aku bukan ingin menyentuh tentang krisis rumahtangga mereka tetapi tentang kes tangkap khalwat si Norman.
Aku agak hairan dan pada yang sama amat tidak berpuas hati kerana dahulu aku pernah pergi ke Pejabat Agama di Subang Jaya untuk melapurkan satu kes khalwat yang aku tahu ianya terjadi.
Bagaimana pun pegawai yang aku berjumpa tersebut telah menolak aduan yang aku buat dengan alasan agak sukar untuk membuat serbuan sekiranya berlaku di dalam pejabat. Aku sudah lupa apa lagi jawapan-jawapan yang diberikan oleh pegawai tersebut kerana ianya sudah lama. Tetapi apa bila kes Norman ini berlaku dimana situasinya hampir sama iaitu di dalam pejabat, membuatkan aku teringatkan kembali.
Pelik dan aku tak faham. Kenapa aduan aku dahulu ditolak oleh pejaba agama tetapi dalam kes norman, tidak menjadi masalah pun.
Adakah kerana aku ini bukan artis? Takkan ada publisiti?