Episod Baru

Pada hari Isnin 1hb Februari, 2010 telah berlaku satu peristiwa aneh tapi benar. Aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Mungkin ianya berlaku secara kebetulan dan mungkin juga ianya berlaku untuk memberikn aku suatu pengajaran. Bagaimana pun pada hari berikutnya, apa sebuah sms diterima ternyata perkara yang mungkin kita kata tahyul berlaku juga pada diri sendiri.

Kehadiran sms yang dikirim dari insan yang amat aku kenali itu bukannya satu sms yang biasa. Tanpa perasaan berbelah bahagi, aku terus menjawab sms itu kerana bukan kebiasaan bagi insan itu memintakan bantuan. Aku tahu pada ketika itu, aku berupaya untuk membantunya.

Seterusnya pada hari-hari berikutnya, bermulalah kembali detik-detik yang aku kira boleh membawa sinar serta menyalakan semula sesuatu yang pernah hilang dari hidup ku.

Setiap yang baik selalunya pasti akan melalui kepayahan. Menguji kesabaran serta keimanan. Keyakinan yang berkecamuk perlu dicuci bersih. Dan akhirnya kebahagiaan yang kita cari, akan menunggu dipenghujungnya.

Apabila kebenaran akhirnya terdedah, kita akan faham kenapa dan mengapa. Sikap sabar dan kematangan ku teruji untuk sekian kalinya. Aku memilih untuk berfikiran positif. Pertama, orang yang sedang menghadapi masalah perlu aku bantu sekadar yang aku mampu. Kedua, aku terpanggil untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin demi memperbaiki segala kesilapan yang aku lakukan dengan melepaskan dia pergi. Ketiga, keadaan yang sepatutnya semakin baik untuknya tetapi kini aku dapati semakin teruk. Oleh itu aku terpaksa bertindak demi menyelamatkannya dari terus hanyut di dalam kegelapan.

Bagaimanapun, aku tidak akan berjaya melakukan hasrat murni dan keikhlasan selagi si tuan punya badan enggan menerimanya. Aku bukannya jenis yang suka memaksa dan jauh sekali melukai hatinya.

Aku menyerahkan segalanya kepada beliau untuk membuat satu ketetapan atau keputusan yang pasti.

Bagaimanapun, aku harus bersedia dari segi mental serta fizikal agar aku tidak akan kecewa sekali lagi. Di dalam keadaan yang umur lanjut ini, ketahanan mental dan fizikal, semakin lemah.

Sekian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.