Selamat Datang!

Saya memindah blog frienster ke wordpress.com adalah kerana ingin lebih kawalan segi teknikal.

Terima kasih kerana masih mengikuti halaman blog saya.

Norman dan Abby

Kecoh betul apabila membaca di suratkhabar tentang krisis yang sedang di alami oleh artis Norman dan Abby. Aku bukan ingin menyentuh tentang krisis rumahtangga mereka tetapi tentang kes tangkap khalwat si Norman.

Aku agak hairan dan pada yang sama amat tidak berpuas hati kerana dahulu aku pernah pergi ke Pejabat Agama di Subang Jaya untuk melapurkan satu kes khalwat yang aku tahu ianya terjadi.

Bagaimana pun pegawai yang aku berjumpa tersebut telah menolak aduan yang aku buat dengan alasan agak sukar untuk membuat serbuan sekiranya berlaku di dalam pejabat. Aku sudah lupa apa lagi jawapan-jawapan yang diberikan oleh pegawai tersebut kerana ianya sudah lama. Tetapi apa bila kes Norman ini berlaku dimana situasinya hampir sama iaitu di dalam pejabat, membuatkan aku teringatkan kembali.

Pelik dan aku tak faham. Kenapa aduan aku dahulu ditolak oleh pejaba agama tetapi dalam kes norman, tidak menjadi masalah pun.

Adakah kerana aku ini bukan artis? Takkan ada publisiti?

Hidup ku tanpa muzik

Baru sebentar tadi sambil aku mengemaskini hardisk ku dan mendapati tarikh terakhir aku mendengar lagu mp3 adalah 27hb Jun, 2006.

Minyak naik, aku jadi mangsa

Minggu lepas aku telah ditamatkan kontrak atas alasan “cut cost” operasi syarikat. Terasa sedih jugak tetapi pada masa yang sama aku agak lega kerana masalah2 yang aku hadapi semasa di dalam kontrak.

Bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana satu2nya kontrak yang masih ada tetap kekal dan aku amat gembira dengan mereka.

Ini juga memberi peluang bagi ku untuk mencari kontrak baru.

PC Rosak Lagi

Arrrgghh!! Tension betul. Tak tahu bagaimana nak cekau RM. Nak rompak bank, tak berani. Cuti ajer ler.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.