Selamat Datang!

Saya memindah blog frienster ke wordpress.com adalah kerana ingin lebih kawalan segi teknikal.

Terima kasih kerana masih mengikuti halaman blog saya.

Episod Baru

Pada hari Isnin 1hb Februari, 2010 telah berlaku satu peristiwa aneh tapi benar. Aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Mungkin ianya berlaku secara kebetulan dan mungkin juga ianya berlaku untuk memberikn aku suatu pengajaran. Bagaimana pun pada hari berikutnya, apa sebuah sms diterima ternyata perkara yang mungkin kita kata tahyul berlaku juga pada diri sendiri.

Kehadiran sms yang dikirim dari insan yang amat aku kenali itu bukannya satu sms yang biasa. Tanpa perasaan berbelah bahagi, aku terus menjawab sms itu kerana bukan kebiasaan bagi insan itu memintakan bantuan. Aku tahu pada ketika itu, aku berupaya untuk membantunya.

Seterusnya pada hari-hari berikutnya, bermulalah kembali detik-detik yang aku kira boleh membawa sinar serta menyalakan semula sesuatu yang pernah hilang dari hidup ku.

Setiap yang baik selalunya pasti akan melalui kepayahan. Menguji kesabaran serta keimanan. Keyakinan yang berkecamuk perlu dicuci bersih. Dan akhirnya kebahagiaan yang kita cari, akan menunggu dipenghujungnya.

Apabila kebenaran akhirnya terdedah, kita akan faham kenapa dan mengapa. Sikap sabar dan kematangan ku teruji untuk sekian kalinya. Aku memilih untuk berfikiran positif. Pertama, orang yang sedang menghadapi masalah perlu aku bantu sekadar yang aku mampu. Kedua, aku terpanggil untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin demi memperbaiki segala kesilapan yang aku lakukan dengan melepaskan dia pergi. Ketiga, keadaan yang sepatutnya semakin baik untuknya tetapi kini aku dapati semakin teruk. Oleh itu aku terpaksa bertindak demi menyelamatkannya dari terus hanyut di dalam kegelapan.

Bagaimanapun, aku tidak akan berjaya melakukan hasrat murni dan keikhlasan selagi si tuan punya badan enggan menerimanya. Aku bukannya jenis yang suka memaksa dan jauh sekali melukai hatinya.

Aku menyerahkan segalanya kepada beliau untuk membuat satu ketetapan atau keputusan yang pasti.

Bagaimanapun, aku harus bersedia dari segi mental serta fizikal agar aku tidak akan kecewa sekali lagi. Di dalam keadaan yang umur lanjut ini, ketahanan mental dan fizikal, semakin lemah.

Sekian.

Tanpa Mu

Fuad Rahman – Tanpa Mu
SETAHUN TELAH BERLALU
KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAH MU
SEMAKIN DINGIN HATI KU
TAK MUNGKIN DAPAT MELUPAKAN MU
 
DI SINI TANPA MU
HANYA DALAM INGATAN
TERBAYANG WAJAH MU
WALAU JAUH DI MATA
 
DI SINI TANPA MU
WALAU DALAM IMPIAN
KU KAN TETAP MENANTI MU
 
SEKIAN LAMA MERINDU
HILANG BILA TERBAYANG WAJAH MU
WALAU DI MANA KU BERADA
AKU KAN TETAP MENYINTAI MU
 
DI SINI TANPA MU
HANYA DALAM INGATAN
TERBAYANG WAJAH MU
WALAU JAUH DI MATA
 
DI SINI TANPA MU
WALAU DALAM IMPIAN
KU KAN TETAP MENYINTAI MU

Can’t Smile Without You

Recently I watched a freshly downloaded Hellboy II and at one of the scene this song came out. It was some how touch me deeply. So I am dedicating this song for you. As it showed quiet near how I felt.

Hancur

Aku disini masih termenung
Masih sendirian tanpa haluan
Aku dibayangi kenangan lalu
Rahsia hatiku tiada siapa peduli

Engkau hadir, datang dan pergi
Sesuka hatimu engkau meninggalkan ku
Tanpa diminta hatiku hancur
MemBiarkan aku derita tertanggung

Aku rindukan segala kenangan itu
Aku rindukan segala sentuhan lembutmu
Segala belaianmu dan senyum tawamu
Tiada lagi kegembiraan bagi ku

Kini bukan diriku pilihan hatimu
Engkau yang memilihnya
Tanpa memikirkan diriku lagi
Biarlah aku pergi membawa hati
Membawa bersama kenangan kita …

Dikala hidupmu yang kini bergembira
Hidupku kini hanyalah sepi dan pilu
Engkau korbankan kebahagianku
Demi kebahagian yang engkau cari

Senarai Movie Sedang Di Download

Dilindungi: Selamat Tinggal

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Umpama mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi

Norman dan Abby

Kecoh betul apabila membaca di suratkhabar tentang krisis yang sedang di alami oleh artis Norman dan Abby. Aku bukan ingin menyentuh tentang krisis rumahtangga mereka tetapi tentang kes tangkap khalwat si Norman.

Aku agak hairan dan pada yang sama amat tidak berpuas hati kerana dahulu aku pernah pergi ke Pejabat Agama di Subang Jaya untuk melapurkan satu kes khalwat yang aku tahu ianya terjadi.

Bagaimana pun pegawai yang aku berjumpa tersebut telah menolak aduan yang aku buat dengan alasan agak sukar untuk membuat serbuan sekiranya berlaku di dalam pejabat. Aku sudah lupa apa lagi jawapan-jawapan yang diberikan oleh pegawai tersebut kerana ianya sudah lama. Tetapi apa bila kes Norman ini berlaku dimana situasinya hampir sama iaitu di dalam pejabat, membuatkan aku teringatkan kembali.

Pelik dan aku tak faham. Kenapa aduan aku dahulu ditolak oleh pejaba agama tetapi dalam kes norman, tidak menjadi masalah pun.

Adakah kerana aku ini bukan artis? Takkan ada publisiti?

Tahniah!

Ucapan tahniah kepada mu kerana telah berjaya untuk membuatkan aku sakit hati. Walaupun aku sendiri tidak mengetahui apa puncanya aku dihukum sebegini. Mungkin di hatinya kini hanya wujud perasan benci yang amat sangat. Aku sendiri masih tertanya-tanya apa salah ku, sehinggakan segala apa yang pernah kita miliki dahulu tidak lagi menjadi apa-apa erti bagi mu.

Aku pasti yang aku tidak akan dapat mengetahuinya sampai bila-bila kerana sejarah pernah berlaku sebelum ini. Sememangnya sifat mu yang sukar sekali memberikan penjelasan setiap kali berlakunya pertelingkahan.

Adakah mungkin kerana “penangan” atau “mendrem” dari si …… ? Tidak mustahil.

“Jilat kak, jangan tak jilat ludah tu.”

P/S: Tarikh raya 1hb Oktober. Apa yang aku buat salah sebelum tu sampai balas dendam buat aku sakit hati?

« Older entries